AYAT AYAT HENTAM

Karangan tidak melebihi 160 patah perkataan.
Feb 4, 2013Sudah Lama Tidak Ketemu
Dekat dengan diri kita, tapi kita tak sedar akan kehadirannya.
Kita amat memerlukan dia, tak kira dimana kita berada.
Setiap kita, ada dia. Itu pasti, bukan janji.

Ada sekali dua kita perasan dia wujud.
Tapi setelah itu, kita lupa yang kita ada dia.
Wujud tapi tidak kita pedulikan seperti yang lain.
Wujud tapi tidak kita pandang seperti yang lain.

Marilah kita sedar akan kewujudan si dia.
Yang selalu berada dengan kita.
Kasihilah dia seperti kita kasihi yang lainnya.
Jangan hanya bila gatal, baru kita nak sentuh dia. Ehem2.



Sudah lama aku tidak melihat hidung aku. Wujud tapi selalu tak perasan.

Pesanan deep ini dikhabarkan khas oleh Adi & Adi seorang sahaja.
Posted by Adi An Fadzil at 4:49 PM 0 Penjirus Komen