AYAT AYAT HENTAM

Karangan tidak melebihi 160 patah perkataan.
Jan 30, 2013Majority beat Ace? Bitch please.
Kelas 3 Pintar.
Cikgu Matematik masuk mengajar seperti biasa.
Ketika dalam proses pembelajaran, cikgu tanya satu soalan kepada semua murid.

Cikgu : "Ini untuk pemahaman. Cikgu nak tanya satu soalan."
Murid-murid : "....."
Cikgu : "Ada 1 beg berisi 5kg kapas dan 1 beg berisi 5kg besi.
              Soalannya, beg yang mana satu lebih berat?"

Cikgu : "Siapa kata beg berisi kapas tu lebih berat, angkat tangan."
*Takda murid angkat tangan*
Cikgu : "Siapa kata beg berisi besi lebih berat, angkat tangan."
*Hampir semua murid angkat tangan*
Cikgu : "Siapa kata kedua-dua beg sama berat, angkat tangan."

Seorang murid angkat tangan. Bila dia pusing memandang kawan-kawan yang lain, takda orang lain angkat tangan. Dia mula risau jawapan dia salah. Tapi dia tetap angkat tangan pasti dengan jawapannya.




Ali : "Weh, hang tak normal la abu!"
Abu : "Awat pulak aku tak normal?"
Ali : "Dalam kelas, hang sorang ja yang belum sunat"


P/s: Dare to be different! Tapi jangan tak sunat pulak. Hehe


Posted by Adi An Fadzil at 2:58 PM
0 Memberi sepatah dua tiga empat kata: