AYAT AYAT HENTAM

Karangan tidak melebihi 160 patah perkataan.
Sep 5, 2014Emosi Sedih
Sesuatu yang tidak stabil.
Sedang kita sibuk kegembiraan, ia boleh datang.
Datang yang diundang dengan bibit bibit menyentap.
Lebih kurang periuk api. Peletusnya adalah kata-kata atau perbuatan atau memori.

Ada orang boleh sembunyi sedihnya.
Ada orang ketara pada tingkah lakunya serta percakapannya.
Ada orang suka menyendiri bila ia meresap kedalam jiwa.

Sesuatu yang semua orang ada.
Boleh nafi, tapi pasti akan terjadi.
Cuma titik permulaannya berbeza.


Posted by Adi An Fadzil at 6:29 PM 0 Penjirus Komen
Feb 4, 2013Sudah Lama Tidak Ketemu
Dekat dengan diri kita, tapi kita tak sedar akan kehadirannya.
Kita amat memerlukan dia, tak kira dimana kita berada.
Setiap kita, ada dia. Itu pasti, bukan janji.

Ada sekali dua kita perasan dia wujud.
Tapi setelah itu, kita lupa yang kita ada dia.
Wujud tapi tidak kita pedulikan seperti yang lain.
Wujud tapi tidak kita pandang seperti yang lain.

Marilah kita sedar akan kewujudan si dia.
Yang selalu berada dengan kita.
Kasihilah dia seperti kita kasihi yang lainnya.
Jangan hanya bila gatal, baru kita nak sentuh dia. Ehem2.



Sudah lama aku tidak melihat hidung aku. Wujud tapi selalu tak perasan.

Pesanan deep ini dikhabarkan khas oleh Adi & Adi seorang sahaja.
Posted by Adi An Fadzil at 4:49 PM 0 Penjirus Komen
Jan 30, 2013Majority beat Ace? Bitch please.
Kelas 3 Pintar.
Cikgu Matematik masuk mengajar seperti biasa.
Ketika dalam proses pembelajaran, cikgu tanya satu soalan kepada semua murid.

Cikgu : "Ini untuk pemahaman. Cikgu nak tanya satu soalan."
Murid-murid : "....."
Cikgu : "Ada 1 beg berisi 5kg kapas dan 1 beg berisi 5kg besi.
              Soalannya, beg yang mana satu lebih berat?"

Cikgu : "Siapa kata beg berisi kapas tu lebih berat, angkat tangan."
*Takda murid angkat tangan*
Cikgu : "Siapa kata beg berisi besi lebih berat, angkat tangan."
*Hampir semua murid angkat tangan*
Cikgu : "Siapa kata kedua-dua beg sama berat, angkat tangan."

Seorang murid angkat tangan. Bila dia pusing memandang kawan-kawan yang lain, takda orang lain angkat tangan. Dia mula risau jawapan dia salah. Tapi dia tetap angkat tangan pasti dengan jawapannya.




Ali : "Weh, hang tak normal la abu!"
Abu : "Awat pulak aku tak normal?"
Ali : "Dalam kelas, hang sorang ja yang belum sunat"


P/s: Dare to be different! Tapi jangan tak sunat pulak. Hehe


Posted by Adi An Fadzil at 2:58 PM 0 Penjirus Komen